You dont have javascript enabled! Please enable it!

Perkhidmatan kami

Perancangan Induk

Kunci pembangunan hotel atau pusat peranginan yang hebat adalah perancangan induk. Di MWT Architecture, kami meluangkan masa bagi memahami keperluan pelanggan dan menyiapkan pelan seni bina yang mewujudkan keseimbangan yang kuat antara estetika serta fungsi reka bentuk hotel dan pusat peranginan. Visi kami menjadi kenyataan dengan meningkatkan pengalaman tetamu setibanya mereka ke hartanah tersebut.

Senibina

MWT Architecture adalah sebuah firma Senibina dengan perkhidmatan penuh. Kami merupakan sumber tunggal bagi segala keperluan hotel dan pusat peranginan anda, dari Perkhidmatan Pentadbiran Perancangan & Pembinaan Laman/Hotel.
  • Perkhidmatan Perancangan & Pra Perancangan Induk
  • Kajian Visualisasi, Grafik & Bahan Pemasaran
  • Reka Bentuk Skematik, Pembangunan Reka Bentuk, Dokumen Pembinaan & Pentadbiran Pembinaan
  • Perkhidmatan Pelancaran Khas

Bantuan Reka Bentuk

Kami sedar yang terdapat banyak syarikat seni bina yang berkebolehan dan berbakat di luar sana bagi pilihan projek hotel atau tempat peranginan anda yang seterusnya. Dengan ini, kami menawarkan pilihan kepada pelanggan kami dengan menyediakan bakat luar biasa bagi memastikan projek di pacu ke arah yang betul, menepati dan sesuai dengan anggaran.

pentadbiran pembinaan

Pakar pembinaan kami akan menyediakan bimbingan langkah demi langkah kepada pasukan profesional anda bagi membantu menyelesaikan projek anda. Dari lakaran reka bentuk awal projek hinggalah ke penghantaran kunci terakhir kepada pemilik, kami ada di sana. Penyampaian projek boleh menjadi rumit dan inilah sebabnya anda boleh bergantung kepada arkitek berlesen berpengalaman kami yang menjayakan projek anda. Usah tertipu dengan mereka yang gemar berjanji dan tidak menepati masa.

pemilihan & penilaian tapak

MWT Architecture menyediakan perkhidmatan pemilihan dan penilaian di lokasi untuk pelanggan kami bagi memastikan yang anda mendapat penggunaan dan potensi terbaik untuk penggunaan tanah anda. Hotel dan Pusat peranginan mempunyai keperluan tapak yang amat kompleks dan biasanya kurang difahami oleh jurutera tapak tempatan. Arkitek dan perunding profesional kami yang mahir akan membantu anda dalam memaksimumkan reka bentuk untuk sebarang tapak tertentu, termasuk penempatan bangunan, tempat letak kenderaan/ kenderaan dan peredaran pejalan kaki, memenuhi keperluan program, fungsi, persekitaran dan peraturan agensi tempatan.

error: Alert: Content selection is disabled!!